Grammar Check

Berikut adalah pembetulan bagi senarai kesalahan bahasa yang kerap dilakukan para pelajar dalam penulisan karangan dan e-mel.

Kami terima bahawa sesetengah penjelasan kami mungkin tidak sependapat dengan beberapa orang pakar tatabahasa Melayu. Perbezaan pendapat ini berpunca daripada sifat bahasa itu sendiri yang sering berubah dan berkembang mengikut penggunaannya dalam pertuturan mengikut suasana formal dan tidak formal dalam kalangan masyarakat Melayu.

Justeru, kami memilih penjelasan yang disepakati pada pendapat kami oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah di Singapura. Di samping itu, kami juga mempertimbangkan hanya kesalahan bahasa yang umum dan memberikan penjelasan penggunaan yang asas dan mudah difahami serta diingat oleh para pelajar.

Pastinya, kami akan menambahkan lagi senarai ini dari masa ke semasa.

A pronoun replaces a noun. However, students must be conscious of which noun it replaces. For this, the noun must be mentioned first in the same or preceding sentence. A pronoun cannot exist without a noun mentioned earlier.