Lisan Men 1 (Ex/NA)

Berikut adalah kesemua video dan soalan lisan peringkat menengah 1 aliran Ekspres and Normal Akademik.

Ekspres/Normal Akademik

1A1 Kawan-kawanku

Perihal memilih kawan yang sebenarnya

Soalan Lisan

  1. Adakah kamu memiliki seorang teman yng rapat? Ceritakan bagaimana kamu mengenalinya sebagai seorang kawan yang sebenarnya.
  2. Bagaimanakah boleh kita mendapatkan kawan yang sebenarnya?
  3. Remaja hari ini tidak pandai memilih kawan yang sebenarnya. Berikan komen kamu.

1A2 Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

Perihal peranan ibu bapa dalam membentuk budi pekerti yang baik dalam diri anak mereka

Soalan Lisan

  1. Ceritakan satu perbuatan ibu atau bapa kamu yang menarik perhatian kamu. Terangkan mengapa kamu menganggap perbuatan itu sebagai satu teladan baik yang boleh kamu contohi.
  2. Bagaimanakah boleh ibu bapa membentuk budi pekerti yang baik dalam diri anak?
  3. Keruntuhan akhlak remaja hari ini berpunca daripada kegagalan ibu bapa menjadi teladan yang baik. Berikan komen kamu.

1A3 Negaraku Yang Permai

Perihal usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan seseorang yang berlainan kaum dan agama

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keharmonian Kaum di sekolah? Apakah aktiviti yang menarik perhatian kamu?Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita dapat terus mengekalkan hubungan baik dengan seseorang yang berlainan kaum dan agama?
  3. Sambutan Hari Keharmonian Kaum penting. Berikan komen kamu.

1A4 Bukan Sekadar Tempat Tinggal

Perihal kemudahan yang terdapat di estet perumahan awam

Soalan Lisan

  1. Ceritakan satu kemudahan awam yang menarik di kawasan kejiranan kamu.
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para penduduk untuk menjaga kemudahan awam dengan baik?
  3. Kemudahan awam di kawasan kejiranan Singapura memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat. Berikan komen kamu.

1A5 Seni Kraf Tangan Melayu

Perihal usaha menjadikan seni kraf tangan Melayu agar kekal popular

Soalan Lisan

  1. Ceritakan satu seni kraf tangan Melayu yang kamu tahu. Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai seni kraf tangan tersebut?
  2. Apakah yang boleh kita lakukan agar seni kraf tangan Melayu terus mendapat tempat di hati rakyat yang berbilang kaum?
  3. Hari ini seni kraf tangan Melayu tidak dikenali oleh ramai golongan muda Singapura. Berikan komen kamu.

1A6 Kekalkan Bumiku Yang Hijau

Perihal menjaga kebersihan dan kehijauan di Singapura

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam satu acara menjaga kebersihan dan kehijauan di Singapura? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai aktiviti tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita terus meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kehijauan di Singapura?
  3. Menjaga kebersihan dan kehijauan di Singapura adalah penting untuk kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

1A7 Sukan Untuk Semua

Perihal pentingnya berolahraga

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam satu acara berolahraga? Cerita pengalaman kamu itu.
  2. Bagaimanakah boleh kita mengalakkan lebih ramai rakyat Singapura berolahraga?
  3. Adalah penting untuk kita berolahraga secara kerap. Berikan komen kamu.

1B1 Sumbanganku

Perihal usaha melibatkan warga Singapura dalam kegiatan sukarela

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam satu kegiatan sukarela? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai aktiviti tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita terus menggalakkan rakyat Singapura untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela?
  3. Kegiatan sukarela dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Singapura. Berikan komen kamu.

1B2 Aktiviti Masa Lapang

Perihal manfaat memiliki hobi

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu mempunyai sebuah hobi? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai hobi tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita meraih manfaat daripada hobi kita?
  3. Hari ini golongan muda Singapura kurang berdaya tahan dalam meneroka sesuatu hobi. Berikan komen kamu.

1B3 Era Kemajuan Teknologi

Perihal menggunakan alam siber dengan sihat

Soalan Lisan

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang tidak menggunakan alam siber dengan sihat? Apakah kesan akibat perbuatannya itu?
  2. Bagaimanakah boleh kita didik para pelajar supaya menggunakan alam siber dengan sihat?
  3. Mendidik para pelajar untuk menggunakan alam siber dengan sihat akan terus menjadi cabaran besar. Berikan komen kamu.

1B4 Karyawan Muda

Perihal usaha memupuk semangat keusahawanan di kalangan rakyat Singapura

Soalan Lisan

  1. Adakah kamu berminat untuk menceburi dunia perniagaan suatu hari nanti? Apakah yang menghalang atau mendorong kamu?
  2. Bagaimanakah boleh kita memupuk semangat keusahawanan di kalangan rakyat Singapura?
  3. Semangat keusahawanan di kalangan rakyat penting untuk kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

1B5 Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Bersama

Perihal usaha menjaga kebersihan persekitaran

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu melibatkan diri dalam kegiatan menjaga kebersihan persekitaran? Ceritakan apa yang menarik perhatian kamu mengenai kegiatan tersebut.
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para pelajar untuk menjaga kebersihan persekitaran?
  3. Menjaga kebersihan persekitaran tanggungjawab bersama. Berikan komen kamu.

1B6 Program Pengayaan

Perihal manfaat program pengayaan

Soalan Lisan

  1. Pernahkah kamu melibatkan diri dalam program pengayaan di sekolah? Ceritakan apa yang menarik perhatian kamu mengenai kegiatan tersebut.
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para pelajar supaya mengambil bahagian dalam program pengayaan dengan bersungguh-sungguh?
  3. Program pengayaan dapat memberikan para pelajar banyak manfaat. Berikan komen kamu.