Lisan Men 4 (Ex/NA)

We designed apps and use them to develop students oral competency.

Improving Oral Content and Organization Using Guides in Our Oral Apps

How To Beat That Pre-Oral Jitters?

Below are our collection of oral videos and their respective three oral questions for Sec 4 topics in Jauhari textbooks (Express & Normal Academic). These videos and oral questions are also available in the Google Play Store for Android apps (for phones and tables).

Ekspres/Normal Akademik

4A1 Gagasan Sukan Remaja Milenia

Perihal usaha melahirkan jaguh sukan dunia dari Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah perasaan kamu apabila mendapat tahu Joseph Schooling berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk Singapura? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai pencapaiannya itu?
  2. Bagaimanakah boleh Singapura terus melahirkan jaguh sukan dunia seperti Joseph Schooling?
  3. Negara Singapura terlalu kecil untuk melahirkan jaguh sukan dunia secara berterusan. Berikan komen kamu.

4A2 Jauh Di Mata Dekat Di Hati

Perihal kepentingan memupuk semangat bekerjasama dengan harmoni dalam kerja berkumpulan
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu menghadapi konflik ketika melakukan kerja berkumpulan? Bagaimana konflik itu berjaya dihuraikan akhirnya?
  2. Bagaimanakah boleh kita bekerjasama dengan harmoni dalam kerja berkumpulan?
  3. Kita perlu memupuk semangat bersatu untuk maju. Berikan komen kamu.

4A3 Seputar Dunia Remaja

Perihal kepentingan mendidik para remaja untuk berhati-hati apabila berdepan dengan berita palsu di media sosial
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu terbaca sebuah berita palsu di media sosial? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai berita palsu tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita mendidik para remaja untuk berhati-hati apabila berdepan dengan berita palsu di media sosial?
  3. Tabiat sesetengah remaja ketika menggunakan media sosial penyebab utama berita palsu mudah tersebar. Berikan komen kamu.

4A4 Bernaluri Tetapi Tidak Bersuara

Video

Perihal kepentingan mendidik para pemilik untuk bertanggungjawab di atas kesejahteraan haiwan peliharaan mereka
available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu terbaca berita mengenai haiwan peliharaan menjadi mangsa penderaan? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai berita tersebut?
  2. Bagaimana boleh kita mendidik para pemilik untuk bertanggungjawab di atas kesejahteraan haiwan peliharaan mereka?
  3. Haiwan peliharaan adalah sebahagian daripada anggota keluarga. Berikan komen kamu.

4A5 Budaya Serumpun

Perihal kepentingan membina semangat patriotik rakyat untuk sanggup berkorban demi Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu sanggup berkorban untuk Singapura? Apakah yang mendorong atau menghalang kamu untuk melakukan demikian?
  2. Bagaimanakah boleh kita membina semangat patriotik rakyat untuk sanggup berkorban demi Singapura?
  3. Golongan muda hari ini kurang patriotik dan tidak bersedia untuk berkorban demi Singapura. Berikan komen kamu.

4A6 Ceritera Bumi Nusantara

Perihal kepentingan usaha meningkatkan minat para remaja terhadap cerita rakyat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu mendengar sebuah cerita rakyat? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai cerita tersebut?
  2. Bagaimana boleh kita meningkatkan minat para remaja hari ini terhadap cerita rakyat?
  3. Khazanah cerita rakyat yang sedia ada tidak diketahui oleh sebilangan besar golongan muda kerana mereka tidak meminati untuk membacanya. Berikan komen kamu.

4B1 Citra Budaya

Perihal kepentingan usaha menggalakkan golongan muda untuk meminati budaya mereka sendiri di dalam suasana minat terhadap budaya Korea semakin meningkat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang menggemari lagu pop dan drama Korea? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai minatnya itu?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan golongan muda hari ini untuk meminati budaya mereka sendiri?
  3. Minat yang kuat terhadap budaya Korea boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini di kalangan golongan muda. Berikan komen kamu.

4B2 Seni Tampak

Perihal kepentingan usaha menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang seni
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melihat sebuah grafiti? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai grafiti tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan golongan muda hari ini untuk menceburi bidang seni?
  3. Pembelajaran seni penting dalam pendidikan pelajar. Berikan komen kamu.

4B3 Berani Mengorak Langkah

Video

Perihal kepentingan usaha mempersiapkan masyarakat agar berani mengharungi kehidupan yang berteraskan penggunaan teknologi terkini
available in Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melihat teknologi terkini digunakan untuk mengendalikan sesuatu tugas? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai penggunaan teknologi tersebut?
  2. Bagaimana boleh kita mempersiapkan masyarakat agar berani mengharungi kehidupan yang berteraskan penggunaan teknologi terkini?
  3. Penggunaan teknologi terkini penting untuk menjamin kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

4B4 Kemajuan Dalam Dunia Perubatan

Perihal kepentingan usaha mendidik golongan muda akan risiko menjalani pembedahan plastik
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu ingin mencuba pembedahan plastik suatu hari nanti? Apakah faktor yang mendorong atau menghalang kamu untuk melakukannya?
  2. Bagaimanakah boleh kita mendidik golongan muda hari ini akan risiko menjalani pembedahan plastik?
  3. Trend meningkatnya pembedahan plastik di kalangan golongan muda hari ini boleh mendatangkan kesan buruk pada masyarakat. Berikan komen kamu.