Lisan Men 3 (Ex/NA)

We designed apps and use them to develop students oral competency.

Improving Oral Content and Organization Using Guides in Our Oral Apps

Below are our collection of oral videos and their respective three oral questions for Sec 3 topics in Jauhari textbooks (Express & Normal Academic). These videos and oral questions are also available in the Google Play Store for Android apps (for phones and tables).

Ekspres/Normal Akademik

3A1 Kalau Tidak Dipecah Ruyung

Perihal kepentingan memupuk daya tahan dalam mengatasi cabaran
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang sedang menghadapi cabaran dan berusaha untuk mengatasinya? Apakah yang menarik perhatian kamu tentang pengalaman yang beliau lalui?
  2. Bagaimanakah boleh kita membina daya tahan para remaja untuk mengatasi masalah yang sedang mereka lalui?
  3. Remaja hari ini kurang berdaya tahan berbanding dengan generasi dahulu. Berikan komen kamu.

3A2 Zaman Remaja Alam Pancaroba

Perihal menangani masalah buli siber
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang pernah menjadi mangsa buli siber? Apakah yang menarik perhatian kamu tentang pengalaman yang beliau lalui?
  2. Bagaimanakah boleh kita menghindar para remaja daripada menjadi mangsa buli?
  3. Amalan remaja di alam siber mendedahkan mereka menjadi mangsa buli siber. Berikan komen kamu.

3A3 Dipupuk Lalu Bercambah

Video

Perihal kepentingan memupuk budaya kitar semula di kalangan remaja
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu menggunakan barang terpakai untuk tujuan mengitar semula. Apakah perkara yang menarik perhatian kamu daripada pengalaman tersebut.
  2. Bagaimana boleh kita memupuk budaya kitar semula di kalangan remaja?
  3. Tabiat boros dan kurang berhemat ketika berbelanja sesetengah ibu bapa menyukarkan lagi usaha membina budaya kitar semula kalangan remaja hari ini. Berikan komen kamu.

3A4 Yang Lebih Dahulu Makan Garam

Perihal sumbangan dan pengorbanan warga perintis dalam membangunkan Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mengenali seseorang warga emas yang boleh dijadikan sumber inspirasi seperti warga emas yang terdapat dalam video ini. Ceritakan perkara yang menarik perhatian kamu tentang pengalaman hidup yang beliau lalui?
  2. Bagaimanakah boleh kita meningkatkan kesedaran di kalangan golongan muda tentang jasa golongan perintis yang telah menyumbang kepada pembangunan negara kita semasa mereka muda dahulu?
  3. Sumbangan golongan perintis dalam pembangunan negara dihargai oleh masyarakat di negara ini. Berikan komen kamu.

3A5 Ikan Di Laut, Asam Di Darat

Perihal cabaran mempromosikan makanan tradisional tempatan kepada golongan muda di Singapura dalam suasana di mana makanan yang berasal dari luar negara semakin popular
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu memakan makanan yang berasal dari luar negara? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai makanan tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita mempromosikan makanan tradisional tempatan kepada golongan muda di Singapura?
  3. Makanan tradisional tempatan perlu melalui pengubahsuaian mengikut citarasa golongan muda untuk kekal popular. Berikan komen kamu.

3A6 Yang Seni Itu Indah

Perihal memupuk minat terhadap pantun di kalangan remaja
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu membaca serangkap pantun? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai pantun?
  2. Bagaimanakah boleh kita memupuk minat para remaja untuk mempelajari seni pantun?
  3. Kebanyakan seni warisan masyarakat Melayu Singapura tidak dikenali oleh golongan muda. Berikan komen kamu.

3A7 Pemberian Yang Tidak Ternilai

Perihal kepentingan usaha menggalakkan orang ramai untuk menderma darah secara tetap
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu ingin menderma darah suatu hari nanti? Apakah yang menghalang atau mendorong kamu untuk melakukannya?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan ramai orang untuk menderma darah secara tetap?
  3. Menderma darah merupakan suatu pemberian yang tidak ternilai. Berikan komen kamu.

3B1 Tiada Kata Secantik Bahasa

Perihal kepentingan usaha menggalakkan para remaja untuk mencintai bahasa ibunda mereka
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkan kamu mendengar seseorang bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih? Apakah perasaan kamu ketika itu? Ceritakan pengalaman kamu.
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para remaja untuk mencintai bahasa ibunda mereka?
  3. Era kemajuan teknologi kini menyukarkan lagi usaha masyarakat untuk menggalakkan warga muda untuk mencintai bahasa ibunda mereka. Berikan komen kamu.

3B2 Kebersihan Bermula Dengan Diriku

Perihal kepentingan usaha menggalakkan masyarakat bekerjasama untuk mencegah wabak denggi
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melakukan sesuatu untuk mencegah wabak denggi? Apakah yang mendorong atau menghalang kamu untuk melakukannya?
  2. Bagaimana boleh kita membina sifat bertanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bekerjasama dalam usaha mencegah wabak denggi?
  3. Mencegah penyebaran wabak denggi merupakan tanggungjawab bersama. Berikan komen kamu.

3B3 Melewati Sempadan Atmosfera

Perihal kepentingan usaha membina minat pada penerokaan sains dalam diri para pelajar
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah perasaan kamu apabila melihat bumi dari angkasa lepas melalui video ini? Ceritakan perkara yang menarik perhatian kamu.
  2. Bagaimanakah boleh kita membina minat pada penerokaan sains dalam diri para pelajar?
  3. Era kemajuan teknologi kini memberikan para pelajar banyak peluang untuk menceburkan diri dalam penerokaan sains. Berikan komen kamu.

3B4 Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Perihal kepentingan membina daya tahan para remaja untuk mempelajari sesuatu yang baru
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang cekal mengharungi pelbagai kesusahan untuk mempelajari sesuatu yang baru? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai pengalaman beliau?
  2. Bagaimanakah boleh kita membina daya tahan para remaja untuk mempelajari sesuatu yang baru?
  3. Para remaja hari ini harus didedahkan kepada kesukaran demi untuk membina daya tahan mereka. Berikan komen kamu.

3B5 Jasa Yang Tidak Ternilai

Perihal sumbangan tokoh-tokoh tempatan dalam membangunkan Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Siapakah tokoh tempatan yang kamu kenal? Apakah sumbangan beliau kepada Singapura yang menarik perhatian kamu?
  2. Bagaimanakah boleh kita meningkatkan kesedaran di kalangan para remaja akan sumbangan tokoh-tokoh tempatan?
  3. Golongan muda hari ini kurang menghargai sumbangan tokoh-tokoh tempatan yang telah membantu membangunkan Singapura. Berikan komen kamu.

3B6 Roda-roda Inovasi

Perihal kepentingan membina budaya inovasi di kalangan masyarakat Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Ceritakan satu inovasi yang kamu tahu yang telah membantu memperbaiki kehidupan manusia? Apakah yang menarik perhatian kamu mengenai inovasi tersebut?
  2. Bagaimana boleh kita membina budaya inovasi di kalangan masyarakat Singapura?
  3. Budaya inovasi di kalangan masyarakat penting untuk menjana kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.