Lisan Men 2 (Ex/NA)

Teaching Lisan Using Theme From The International Friendship Day

Below are our collection of oral videos and their respective three oral questions for Sec 2 topics in Jauhari textbooks (Express & Normal Academic). These videos and oral questions are also available in the Google Play Store for Android apps (for phones and tables).

Ekspres/Normal Akademik

2A1 Tangan Yang Memberi

Perihal kepentingan Program Nilai Dalam Tindakan
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam program Nilai dalam Tindakan yang dianjurkan di sekolah? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu sewaktu menjalani program tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita terus menggalakkan masyarakat Singapura untuk memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat sekeliling?
  3. Program Nilai dalam Tindakan perlu juga dijayakan oleh para majikan untuk pekerja-pekerja mereka. Berikan komen kamu.

2A2 Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan

Perihal manfaat program lawatan sambil belajar
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu mengikuti program lawatan sambil belajar di sekolah? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu?
  2. Bagaimanakah boleh kita pastikan para pelajar mendapat manfaat optimal daripada program sedemikian?
  3. Pembelajaran luar darjah perlu dalam pendidikan pelajar. Berikan komen kamu.

2A3 Rukun Tetangga

Perihal usaha memupuk hubungan berjiran yang baik
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melihat satu perbuatan baik yang dilakukan oleh seseorang terhadap jirannya?
  2. Bagaimanakah boleh kita pupuk hubungan berjiran yang baik di kalangan rakyat Singapura?
  3. Hubungan berjiran yang baik penting untuk kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

2A4 Musuh Halimunan

Perihal kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para remaja hari ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
  3. Ibu bapa menjadi penyebab kepada masalah remaja tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Berikan komen kamu.

2A5 Permainan Dahulu dan Sekarang

Perihal populariti permainan kendama
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melihat seseorang bermain kendama? Ceritakan apa yang kamu lihat.
  2. Bagaimanakah boleh kita menjadikan permainan tradisional seperti gasing dan congkak popular di kalangan remaja seperti kendama?
  3. Menarik minat remaja terhadap permainan tradisional akan terus menjadi cabaran besar bagi masyarakat kita. Berikan komen kamu.

2A6 Fesyen Kota Singa

Perihal pakaian tradisional pelbagai kaum di Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu gemar memakai pakaian tradisional? Mengapa?
  2. Bagaimana boleh kita mengalakkan para remaja untuk terus meminati pakaian tradisional?
  3. Fesyen Singapura seharusnya adalah gabungan fesyen bersepadu semua kaum utama di negara ini. Berikan komen kamu.

2A7 Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Perihal makanan tradisional pelbagai kaum di Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah makanan kaum lain yang kamu minati? Apakah yang menarik perhatian kamu tentang makanan kaum tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan perpaduan dalam hidup masyarakat pelbagai kaum?
  3. Hari ini Singapura menghadapi lebih banyak risiko perpecahan dalam hidup bermasyarakat berbanding dengan pada masa lalu. Berikan komen kamu.

2B1 Negara Kita, Pertahankannya

Perihal kepentingan usaha mempertahankan negara
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah perkara yang menarik perhatian kamu dalam video ini? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita memastikan agar orang ramai terus mengambil berat tentang pertahanan negara?
  3. Adalah penting untuk melibatkan seberapa ramai orang di Singapura dalam pertahanan negara. Berikan komen kamu.

2B2 Di Sebalik Ciptaan

Perihal usaha memupuk semangat mencipta di kalangan rakyat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Jika kamu mampu, apakah alat teknologi terkini yang ingin kamu cipta? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita menghasilkan lebih ramai pencipta di kalangan rakyat di negara ini?
  3. Semangat mencipta di kalangan rakyat penting untuk kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

2B3 Sastera Kita

Perihal memupuk minat remaja terhadap buku cerita dalam bahasa Melayu
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu seorang yang gemar membaca buku cerita dalam bahasa Melayu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para remaja untuk gemar membaca buku cerita dalam bahasa Melayu?
  3. Menarik minat remaja terhadap buku cerita dalam bahasa Melayu akan terus menjadi cabaran besar bagi masyarakat kita. Berikan komen kamu.

2B4 Indahnya Dunia

Perihal kepentingan memiliki mercu tanda di Singapura
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah mercu tanda Singapura yang kamu tamu. Apakah yang menarik perhatian kamu tentang mercu tanda tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita meningkatkan pengetahuan rakyat negara ini tentang mercu tanda Singapura?
  3. Adalah penting untuk Singapura memiliki mercu tanda yang unik. Berikan komen kamu.

2B5 Menggapai Impian

Perihal kepentingan memiliki cita-cita
Available on Apps

Oral Questions

  1. Apakah cita-cita kamu? Mengapakah cita-cita tersebut menjadi pilihan kamu?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para remaja untuk mempunyai cita-cita?
  3. Seseorang yang mempunyai cita-cita biasanya berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan. Berikan komen kamu.

2B6 Irama & Lagu

Perihal usaha menyokong kegiatan seni pemuzik jalanan
Available on Apps

Oral Questions

  1. Pernahkah kamu melihat persembahan seorang pemuzik jalanan? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu?
  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu kegiatan seni para pemuzik jalanan di Singapura?
  3. Kegiatan seni para pemuzik jalanan dapat menyemarakkan minat rakyat terhadap seni di Singapura. Berikan komen kamu.