Lisan Men 2 (NT)

We use our Saya Boleh Membaca! app to help Normal Technical students who still struggle with reading to imrpove their reading competency. Our app is nothing that you’ll find off the shelf as we designed it specifically to help adolescents who cannot read.

Below are our collection of oral videos and their respective three oral questions for Sec 2 topics in Jauhari textbooks (Normal Technical). These videos and oral questions are also available in the Google Play Store for Android apps (for phones and tables).

Normal Teknikal

2A1 [NT] Sudahkah Aku Dewasa

Perihal nasihat dan teguran yang diberikan oleh ibu
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah ibu kamu sering memberikan kamu nasihat? Ceritakan satu nasihat beliau yang tidak dapat kamu lupakan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh nasihat yang pernah diberikan oleh ibu kamu?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh kita raih bila kita amalkan nasihat yang berikan oleh ibu.

2A2 [NT] Di Bangku Sekolah

Perihal jasa dan sumbangan para guru
Available on Apps

Oral Questions

  1. Siapakah guru sekolah rendah yang banyak mempengaruhi kamu? Ceritakan apa yang telah beliau lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh pengalaman menarik kamu bersama guru-guru di sekolah rendah?
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika seseorang tidak mengendahkan guru mereka.

2A3 [NT] Sayangi Keluarga

Perihal jasa dan pengorbanan seorang ibu
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang pernah menghadapi masalah? Ceritakan bagaimana kamu dan ahli keluarga kamu yang lain membantunya mengatasi masalah tersebut.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh pertolongan yang boleh kita berikan kepada ahli keluarga kita yang sedang menghadapi masalah?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh timbul jika kita membantu ahli keluarga kita yang sedang menghadapi masalah.

2A4 [NT] Hmm Sedapnya

Perihal bagaimana memasak nasi goreng kampung
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu pernah memasak? Ceritakan pengalaman kamu itu.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang harus diberikan perhatian apabila kita memasak untuk keluarga?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh timbul jika kita pandai memasak.

2A5 [NT] Kediaman Selesa

Perihal kepentingan mempunyai hubungan jiran yang baik
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu pernah melihat satu perbuatan baik yang dilakukan seseorang untuk jirannya? Ceritakan apa yang kamu nampak.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perbuatan baik yang boleh dilakukan seseorang untuk jirannya?
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak berbuat baik dengan jiran.

2B1 [NT] Bencana Alam

Perihal Singapura menghulurkan bantuan kepada para mangsa bencana alam di negara lain
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu pernah mendengar berita mengenai suatu bencana alam yang berlaku di negara asing? Ceritakan apa yang telah kamu pelajari.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh bantuan yang boleh kita berikan untuk membantu mangsa bencana alam?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh timbul jika Singapura aktif memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam di negara lain.

2B2 [NT] Warna-warni Keharmonian

Perihal menjayakan kegiatan di kolong blok yang menyemai perpaduan hidup bermasyarakat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu pernah melihat suatu acara di kolong blok yang melibatkan penduduk daripada pelbagai kaum? Ceritakan apa yang kamu nampak.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh bagaimana kolong blok digunakan untuk membina keharmonian kaum di kalangan penduduk?
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membina keharmonian kaum di kalangan penduduk.

2B3 [NT] Dunia Angkasa Lepas

Perihal usaha untuk meneroka planet Marikh
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu berminat untuk tinggal di planet Marikh? Ceritakan sebab pilihan kamu itu.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh sifat yang perlu ada pada diri seseorang yang ingin tinggal di planet Marikh?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh timbul jika kita terus meneroka dunia angkasa lepas.

2B4 [NT] Badan Cergas, Minda Cergas

Perihal kelebihan sukan berpasukan dalam memupuk keupayaan bekerja secara kumpulan dengan baik
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu gemar bersenam? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh senaman yang sesuai untuk para remaja?
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak bersenam secara aktif.

2B5 [NT] Jagalah Kesihatan Kekalkan Kesejahteraan

Perihal cara menjaga pemakanan yang sihat
Available on Apps

Oral Questions

  1. Adakah kamu menitikberatkan kesihatan? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh amalan yang boleh membawa kepada kesihatan yang baik?
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh timbul jika kita menjaga kesihatan yang baik.