Lisan Extra Exercises

These are oral videos that we produced when we first embarked on building our lisan resources. We organise these videos along these categories: Culture (Budaya), Relationship (Hubungan), Environment (Sekitaran), Social Emotional Learning (SEL), Singapore and Technology. We also accompany these videos with their respective three oral questions based on the frameworks of Connect, Extend & Challenge for Express and Normal Academic students, and Tembak for Normal Technical students. These resources serve as extra exercises for students in building their oral competency.

Culture

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Pernahkah kamu menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh majlis perkahwinan orang Melayu mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat?
  3. Sesetengah majlis perkahwinan orang Melayu mengganggu ketenteraman orang ramai. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Pernahkah kamu menghadiri majlis perkahwinan orang Melayu? Ceritakan apa yang kamu lihat.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terdapat dalam majlis perkahwinan orang Melayu.
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh kita raih jika kita menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara kita.

Relationship

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam acara sambutan Hari Keharmonian Kaum di sekolah? Apakah aktiviti yang menarik perhatian kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita meningkatkan kepentingan acara sambutan Hari Keharmonian Kaum di kalangn golongan muda?
  3. Mengekalkan hubungan baik di antara rakyat yang berlainan kaum dan agama penting bagi kemakmuran Singapura. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Pernahkah kamu mengambil bahagian dalam acara sambutan Hari Keharmonian Kaum di sekolah? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang kamu telah pelajari mengenai budaya kaum lain pada acara sambutan tersebut.
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh kita raih jika kita mempelajari budaya kaum lain di Singapura.

SEL

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Apakah kegiatan kokurikulum kamu di sekolah? Mengapakah kamu memilih kegiatan tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para pelajar agar komited dalam kegiatan kokurikulum mereka?
  3. Kegiatan kokurikulum di sekolah mendatangkan banyak manfaat kepada para pelajar. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Apakah kegiatan kokurikulum kamu di sekolah? Ceritakan mengapakah kegiatan kokurikulum ini menjadi pilihan kamu.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang telah kamu pelajari melalui kegiatan kokurikulum kamu itu.
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak mengambil serius kegiatan kokurikulum kita.

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Apakah kegiatan sukan yang kamu gemar? Mengapakah kamu memilih kegiatan tersebut?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para remaja hari ini agar minat dengan kegiatan sukan?
  3. Kegiatan sukan penting untuk remaja. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Apakah kegiatan sukan yang kamu gemar? Ceritakan mengapakah kegiatan sukan ini menjadi pilihan kamu.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang telah kamu pelajari melalui kegiatan sukan kamu itu.
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak mengambil bahagian dalam kegiatan sukan.

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Pernahkah kamu mengikuti program lawatan sambil belajar di sekolah? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan lebih ramai ibu bapa untuk melibatkan anak-anak mereka dalam program lawatan sambil belajar di sekolah?
  3. Program lawatan sambil belajar memberikan banyak manfaat kepada para pelajar. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Pernahkah kamu mengikuti program lawatan sambil belajar di sekolah? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang telah kamu pelajari melalui program lawatan sambil belajar tersebut.
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh kita raih jika kita mengikuti program lawatan sambil belajar di sekolah.

Singapore

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Apakah masalah-masalah yang diceritakan dalam video ini?
  2. Bagaimanakah boleh kita menjadikan perjalanan kita menggunakan pengangkutan awam lebih selesa dan aman?
  3. Kita harus meneroka cara-cara kreatif dan innovatif untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya pada waktu sibuk. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Pernahkah kamu menaiki pengangkutan awam pada waktu sibuk? Ceritakan apa yang kamu lihat.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara baik yang dilakukan oleh para penumpang untuk kebaikan penumpang-penumpang yang lain.
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak menunjukkan sikap bertimbang rasa apabila menggunakan pengangkutan awam.

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Adakah kamu seorang pengemar roti prata? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita menjadikan roti prata makanan popular di kalangan pelbagai bangsa di Singapura?
  3. Pendekatan kreatif perlu agar roti prata terus popular. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Adakah kamu seorang pengemar roti prata? Ceritakan mengapakah roti prata menjadi pilihan kamu.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara kreatif yang dilakukan untuk menjadikan roti prata terus popular.
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh diraih jika roti prata menjadikan makanan popular di Singapura.

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Pernahkah kamu mengunjungi sebuah destinasi pelancongan popular di Singapura? Apakah perkara yang menarik perhatian kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah boleh kita menarik minat rakyat Singapura untuk mengunjungi destinasi pelancongan di Singapura berbanding dengan destinasi pelancongan di luar negara?
  3. Adalah penting untuk rakyat Singapura mengunjungi destinasi pelancongan setempat. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Pernahkah kamu mengunjungi sebuah destinasi pelancongan popular di Singapura? Ceritakan apa yang kamu lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang menarik yang kamu lihat di sana.
  3. Senaraikan beberapa faedah yang boleh kita raih jika kita mengunjungi destinasi pelancongan setempat.

Technology

Oral Questions
Express & Normal Academic

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang tidak menggunakan alam siber dengan sihat? Apakah kesan akibat perbuatannya itu?
  2. Bagaimanakah boleh kita menggalakkan para pelajar menggunakan alam siber dengan sihat?
  3. Adalah penting untuk menggunakan alam siber dengan sihat. Berikan komen kamu.

Normal Technical

  1. Adakah kamu mengenali seseorang yang tidak menggunakan alam siber dengan sihat? Ceritakan apa yang dia lakukan.
  2. Bolehkah kamu memetik contoh-contoh perkara yang boleh kita lakukan untuk menggunakan alam siber dengan sihat.
  3. Senaraikan beberapa masalah yang boleh timbul jika kita tidak menggunakan alam siber dengan sihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s