Paper 3

BUKU PANDUAN BACAAN & LISAN UNTUK PERSIAPAN PERINGKAT N & O

Buku ini mengandungi 215 halaman dan terdapat 20 contoh petikan bacaan untuk setiap calon Peperiksaan Peringkat N & O, setiap satu disertakan dengan kod QR untuk calon mengakses rakaman audio bacaan petikan tersebut. Selain itu, terdapat juga 60 topik lisan, setiap satu dengan video lisan (yang boleh diakses juga melalui kod QR) dan soalan. Setiap soalan diikuti dengan cadangan jawapan. Buku ini juga dilengkapi dengan panduan bagaimana untuk membaca petikan dan menjawab soalan lisan dengan baik.

KAD PANDUAN LISAN MINI MONSTERS

Kad Panduan Lisan Mini Monsters dapat membantu mendidik para pelajar bagaimana untuk memikirkan isi bagi ketiga-tiga soalan lisan dan menyusun penyampaian lisan mereka secara koheren, jelas dan meyakinkan.

KAD KOLEKTIBEL KAMI PELAJAR A1

Berikut adalah 2 daripada 12 kad kolektibel yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan lagi usaha para pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam Kertas 3. Para pelajar akan berusaha keras untuk mengumpulkan ke semua 12 kad kolektibel ini yang boleh dijadikan bukti yang persiapan mereka sebelum menduduki Peperikasaan Peringkat N & O berjalan baik dan berada pada landasan yang betul. Pengesahan ini akan menguatkan lagi yakin diri pelajar sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Para guru boleh tetapkan kriteria yang sesuai untuk para pelajar mendapatkan kad kolektibel ini.

APLIKASI BERGERAK ANDROID

Aplikasi-aplikasi lisan ini mengandungi video lisan, soalan lisan serta cadangan jawapan, dan panduan menjawab soalan lisan mengikut topik dan tema yang terdapat dalam buku teks pelajar.

Aplikasi bacaan Saya Boleh Membaca! bertujuan membantu para pelajar aliran Normal Teknikal yang masih belum dapat membaca dengan baik memperbaik kemahiran membaca mereka.

Leave a Reply