Paper 2

BUKU PANDUAN MENAWAB SOALAN IMBUHAN UNTUK PERSIAPAN PERINGKAT N & O

Buku ini masih dalam proses penulisan dan mengandungi panduan menjawab soalan imbuhan menggunakan pendekatan saintifik. Terdapat lapan peraturan saintifik yang diketengahkan. Untuk mahir menggunakan pendekatan saintifik ini, latihan imbuhan yang terdapat dalam buku ini disusun mengikut kaedah kumon. Buku ini sesui untuk semua pelajar, lebih-lebih lagi pelajar yang lemah dalam bahasa Melayu akibat kurang bertutur dan membaca buku dalam bahasa Melayu.

BUKU PANDUAN MEMAHAMI PERIBAHASA UNTUK PERSIAPAN PERINGKAT N & O

Buku ini mengandungi panduan memahami peribahasa mengikut pendekatan literal dan kontekstual. Untuk tujuan ini, terdapat illustrasi secara literal untuk kesemua 80 peribahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi menerangkan kepada para pelajar apakah perkara atau elemen yang terdapat dalam peribahasa itu dan bagaimanakah ianya digunakan secara metafora untuk membawa kepada maksud peribahasa tersebut. Dengan demikian, para pelajar tidak belajar peribahasa secara hafalan tetapi dengan benar-benar memahaminya. Selain itu, kesemua peribahasa disusun mengikut urutan kaitan mereka dengan sesuatu konteks. Untuk membantu para pelajar belajar peribahasa mengikut pendekatan konteks, terdapat 50 latihan peribahasa untuk mereka cuba dengan berpandukan panduan yang disertakan.

Sila kertik di sini untuk dapatkan buku ini.

KAD PERMAINAN KEMENYAN

Kad Permainan Kemenyan merupakan bahan sokongan kepada Buku Panduan Memahami Peribahasa Untuk Persiapan Peringkat N & O. Kad permainan ini sesuai digunakan untuk para pelajar menjalani aktiviti pengukuhan pembelajaran peribahasa dalam suasana permainan yang kompetitif tetapi seronok.

Sila kertik di sini untuk dapatkan bahan ini.

PERMAINAN SUSUN SUAI (JIGSAW PUZZLE) BELAJAR PERIBAHASA

Permainan susun suai (jigsaw puzzle) Belajar Peribahasa merupakan bahan sokongan kedua kepada Buku Panduan Memahami Peribahasa Untuk Persiapan Peringkat N & O. Permainan susun suai ini juga sesuai digunakan untuk para pelajar menjalani aktiviti pengukuhan pembelajaran peribahasa secara kumpulan dalam suasana permainan yang kompetitif tetapi seronok.

Sila kertik di sini untuk dapatkan bahan ini.

KAD PERMAINAN TUTLA

Kad Permainan Tutla membantu para guru menjadikan pelajaran mengenai peraturan bahasa lebih-lebih lagi imbuhan seronok dan merangsangkan minda. Selain daripada mencuba beberapa cara bermain yang kami sarankan, mereka boleh juga reka cara bermain baru yang memenuhi objektif pelajaran mereka.

Sila kertik di sini untuk dapatkan bahan ini.

KAD KOLEKTIBEL KAMI PELAJAR A1

Berikut adalah 5 daripada 12 kad kolektibel yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan lagi usaha para pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam Kertas 2. Para pelajar akan berusaha keras untuk mengumpulkan ke semua 12 kad kolektibel ini yang boleh dijadikan bukti yang persiapan mereka sebelum menduduki Peperikasaan Peringkat N & O berjalan baik dan berada pada landasan yang betul. Pengesahan ini akan menguatkan lagi yakin diri pelajar sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Para guru boleh tetapkan kriteria yang sesuai untuk para pelajar mendapatkan kad kolektibel ini.

Sila kertik di sini untuk dapatkan bahan ini.

APLIKASI BERGERAK ANDROID

Aplikasi Peribahasa (Format O) mengandungi maksud dan penerangan untuk kesemua 80 peribahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan disusun mengikut urutan abjab, peringkat dan konteks.

Leave a Reply