Miscellaneous

Kad Terima Kasih Untuk Guru

10 Kad Terima Kasih yang berukuran 3.5 x 5.5 inchi ini unik dan sesuai untuk diberikan kepada para guru sewaktu sambutan Hari Guru dan juga untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka setelah tamat belajar di sekolah. Pelajar boleh gunakan ruang belakang kad untuk menulis kata-kata penghargaan mereka.

Permainan Untuk Menghilangkan Tekanan

Permainan berikut dikenali dalam istilah Inggeris sebagai ‘Sensory Fidget Toy’ dan sesuai untuk meredakan tekanan yang dihadapi pelajar ketika menantikan giliran untuk menjalani peperiksaan lisan. Ianya boleh dimanfaatkan secara perseorangan dan juga boleh dimainkan secara berpasangan.

Poster Motivasi Untuk Pelajar (Kanvas)

Kanvas poster motivasi in berukuran 40 x 50 cm (agak besar) dan sesuai untuk digantung dengan bingkai gambar pada dinding di dalam kelas dan bilik remaja untuk memberikan para pelajar kekuatan dalaman supaya mereka bekerja lebih keras lagi bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran . Guru juga boleh memanfaatkannya dengan menggantungkannya pada dinding pejabat. Ada 32 poster yang berlainan untuk dipilih.