Mini Monsters Oral Guides

Kad Panduan Lisan Mini Monsters
Ukuran kad 3.5 X 5.5 inchi. Setiap kotak mengandungi 12 kad.

Apa Yang Ditawarkan Oleh Kad Panduan Lisan Mini Monsters?

Terdapat banyak cara ketiga-tiga soalan lisan boleh ditanya semasa Peperiksaan Lisan Peringkat N & O Bahasa Melayu. Walaupun begitu, kami dapati bahawa soalan lisan yang diajukan dibina berdasarkan kerangka Connect, Extend & Challenge. Oleh yang demikian, Kad Panduan Lisan Mini Monsters boleh membantu pelajar untuk memahami kerangka ini dan menguasai cara menjawab ketiga-tiga soalan lisan asas yang dibina berdasarkan kerangka ini. Pelajar yang berupaya menguasai kemahiran ini akan mudah menjawab variasi soalan lisan lain yang dibina berdasarkan kerangka Connect, Extend & Challenge ini.

Apakah Itu Soalan Connect, Extend & Challenge?

Soalan Connect
Minta pelajar mengaitkan maklumat dalam video dengan pengalaman sedia ada mereka
Soalan Extend
Minta pelajar fikirkan pengetahuan baru yang mereka peroleh setelah menonton video tersebut
Soalan Challenge
Cabar pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi menggunakan maklumat yang terdapat dalam video tersebut

Soalan Lisan 1 ialah Soalan Connect & Extend
Soalan Lisan 2 ialah Soalan Challenge
Soalan Lisan 3 ialah Soalan Connect, Extend & Challenge

Bagaimana Menjawab Soalan Lisan 1?

Contoh
Adakah kamu ingin mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dipaparkan dalam video ini? Mengapa?

Bagaimana Menjawab?

  • Jawab dengan berkata Ya!
  • Gunakan pendekatan Ps: Pengalaman; Perasaan; Pendapat; and Pelajaran (& Nilai)

Bagaimana Menjawab Soalan Lisan 2?

Contoh
Bagaimanakah boleh kita menggalakkan lebih ramai belia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini?

Bagaimana Menjawab?

  • Berikan dua sebab kenapa soalan ini ditanya
  • Pilih dua penyelesai masalah daripada kategori berikut: Ibu Bapa; Pihak Sekolah; Kelab Masyarakat; and Pemerintah
  • Gunakan kerangka P.E.E.L. (Point; Elaborate; Example; dan Link Back) dan penanda wacana yang sesuai untuk menghuraikan jawapan

Bagaimana Menjawab Soalan Lisan 3?

Contoh
Aktiviti-aktiviti ini dapat membentuk karakter pelajar. Berikan komen kamu.

Bagaimana Menjawab?

  • Nyatakan pendirian kamu
  • Berikan dua sebab untuk menyokong pendirian kamu
  • Gunakan kerangka P.E.E.L. dan penanda wacana yang sesuai untuk menghuraikan jawapan

Video Serta Soalan Lisan
(Sila kertik pada gambar)