FREE LISAN 3: Android Apps Untuk Membina Kemahiran Lisan Pelajar

We have published our new Lisan 3 apps for phones and tablets on Google Play. This is one the of four apps that we will share during our coming workshop.

This apps contains oral resources (videos, questions, guides) for topics covered in Secondary 3 Jauhari textbook.

Search “karangkutu” on Google Play from your mobile devices.

FREE KEMBARA NUSA 1: Android Apps Percuma Untuk Majalah Pendidikan Edufront Learning Centre

We have published  the new Kembara Nusa 1 apps for phones and tablets on Google Play.

Kembara  Nusa 1 is an apps version of the Kembara  Nusa Edition 1 (2016), a termly produced learning magazine by the Edufront Learning Centre. This magazine is among other resources used by the Edufront Learning Centre to develop learner’s interest and competency in Malay language and culture.

The first edition of the magazine is available free now in this apps.

Search “karangkutu” or “Kembara Nusa” on Google Play from your mobile devices.

kembara-nusa-1

FREE LISAN 2: Android Apps Untuk Membina Kemahiran Lisan Pelajar

We have published our new Lisan 2 apps for phones and tablets on Google Play. This is one the of four apps that we will share during our coming workshop.

screenshot_2

This apps contains oral resources (videos, questions, guides) for topics covered in Secondary 2 Jauhari textbook.

Search “karangkutu” on Google Play from your mobile devices.

FREE LISAN 1: Android Apps Untuk Membina Kemahiran Lisan Pelajar

We have published our new Lisan 1 apps for phones and tablets on Google Play. This is one the of four apps that we will share during our coming workshop.

sshot

This apps contains oral resources (videos, questions, guides) for topics covered in Secondary 1 Jauhari textbook.

Search “karangkutu” on Google Play from your mobile devices.

UPCOMING WORKSHOP IN 2017

Good news!

Our proposal has been accepted by the Academy of Singapore Teachers (AST). We are excited to share our strategy using apps develop students’ oral competency during the workshop below. If you are interested, please sign up via TRAISI come Jan 2017.

Look forward to see you at the workshop.

workshop-adv

[Topik Lisan] Merentas Masa: Menukar perspektif untuk ‘mengubah takdir’

Merentas Masa: Menukar perspektif untuk ‘mengubah takdir’

RINGKASAN:

Pelajaran ini bersekitar mengenai dua filem pendek. Filem pertama bertajuk Exit Log oleh Chris Cornwell yang mengajak kita berfikir bahawa keupayaan mempunyai teknologi yang boleh membawa kita kembali ke masa lampau tidak semestinya sesuatu yang baik. Filem kedua bertajuk This Time oleh The Jubilee Project pula mengisahkan perihal kehadiran seseorang dari masa hadapan untuk menyampaikan amaran supaya takdir diubah bagi mengelakkan sesuatu kejadian daripada berlaku pada masa hadapan.

Pelajar: Menengah atas
Masa: 60 minit
Aktiviti: Menonton dua filem pendek, melihat gambar dan bertutur
Topik: Merentas Masa: Menukar perspektif untuk ‘mengubah takdir’
Bahasa: Kosa kata berkait dengan topik
Bahan: Filem pendek dan gambar

LANGKAH PERTAMA:

Guru minta pelajar memikirkan soalan-soalan di bawah sebelum mereka berkongsi dengan teman di sebelah.

Jika kamu mempunyai mesin untuk merentas masa (time travel), adakah kamu akan pergi ke masa lampau atau ke masa hadapan? Mengapa?

Apakah yang akan kamu lakukan apabila tiba di sana?

Guru menjemput pelajar untuk berkongsi pendapat mereka di hadapan kelas.

Fokuskan perbincangan kepada mengubah takdir dengan pergi ke masa lampau untuk menukar sesuatu keadaan. Biasanya sesetengah orang tidak suka keadaannya sekarang (kerana sebab-sebab tertentu) dan ingin mengubahnya dengan menukar sesuatu keadaan pada masa lampau. Ada pula ingin memperbetulkan sesuatu kesilapan yang telah dilakukannya.

LANGKAH KEDUA:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah filem pendek bertajuk Exit Log yang mengajak mereka berfikir bahawa keupayaan mempunyai teknologi yang boleh membawa kita kembali ke masa lampau tidak semestinya sesuatu yang baik. Mainkan filem hingga selesai.

Setelah selesai memainkan filem tersebut, minta pelajar bekerja secara kumpulan untuk memikirkan soalan-soalan berikut:

Apakah yang berlaku pada akhir filem?

Apakah mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui filem tersebut?

LANGKAH KETIGA:

Jemput setiap wakil kumpulan untuk berkongsi pendapat berserta penjelasan mereka.

Di antara mesej yang boleh dipertimbangkan adalah:

Ketentuan takdir akan tetap berlaku sama ada manusia mempunyai mesin untuk merentas masa ataupun tidak. 

LANGKAH KEEMPAT:

Beritahu pelajar yang mereka akan menonton sebuah lagi filem pendek. Kali ini filem tersebut bertajuk This Time yang mengisahkan perihal kehadiran seseorang dari masa hadapan untuk menyampaikan amaran supaya takdir diubah bagi mengelakkan sesuatu kejadian daripada berlaku pada masa hadapan. Mainkan filem hingga ke minit 2.34.

Kemudian, tanyakan pelajar soalan-soalan berikut:

Apakah yang akan dilakukan oleh Manny?

Kenapa kamu berkata demikian?

LANGKAH KELIMA:

Sambung memainkan filem tersebut hingga akhir. Kemudian minta pelajar berbincang di dalam kumpulan mereka soalan-soalan berikut:

Adakah takdir yang telah ditetapkan dapat diubah?

Apakah mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui filem ini?

Jemput setiap wakil kumpulan untuk berkongsi pendapat mereka. Guru boleh meminta respons daripada kumpulan pelajar lain.

LANGKAH KEENAM:

Pelajar diminta untuk merenungkan soalan berikut:

Jika takdir tidak boleh diubah, apa yang boleh kita lakukan setiap kali berdepan dengan takdir buruk?

Tekankan pentingnya untuk kita mengubah perspektif dan melihat takdir buruk daripada lensa positif. Dengan demikian, sikap dan respons kita akan berubah. Kita akan pelajari daripada takdir buruk itu untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.

LANGKAH KETUJUH:

Tunjukkan pelajar gambar Nick Vujicic.

Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa kedua belah lengan dan kaki.

Kemudian, tanya pelajar soalan-soalan berikut:

Adakah kamu tahu siapakah Nick Vujicic?

Siapakah dia dan apakah yang telah dia lakukan?

Besar kemungkinan pelajar tahu siapakah Nick Vujicic.

LANGKAH KELAPAN:

Minta pelajar berikan nama seseorang yang mereka kenal yang telah menjadikan takdir buruk sebagai suatu peluang keemasan. Minta mereka jelaskan siapakah orang tersebut dan apakah yang telah dia lakukan.

SEMOGA PELAJAR CIKGU SERONOK MENGIKUTI PELAJARAN INI.